PENGENALAN PROGRAM

Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani bagi Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Guru-guru Sukan Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia ini merupakan satu program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan United States Sports Academy.

Kumpulan Sasaran:-

  • Guru-guru di bawah umur 45 tahun, cergas, sihat serta mampu mengikut amali dan terlibat secara aktif dalam bidang kejurulatihan sukan dan pengajaran Pendidikan Jasmani
  • Guru-guru di pusat latihan daerah dan sekolah sukan negeri
  • PPP di Institut Pendidikan Guru, Bahagian, Jabatan dan Daerah

Matlamat dan Objektif:-

  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang aspek sains dan pendidikan jasmani
  • Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan jasmani

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan dari Fakulti US Sports Academy kecuali subjek keperluan MQA yang akan diajar oleh tenaga pengajar tempatan.

Tempoh kursus adalah selama 50 hari dengan 400 jam berkursus. Setiap peserta wajib lulus semua tugasan dan penilaian untuk bergraduat.

Pembelajaran berasaskan 10 Modul iaitu :-

BIL
NAMA MODUL
1
P.E and Sports Coaching Methodology
2
    Psychology of Physical Performance
3
    Seminar in Sports and Physical Education
4
Physical Fitness and Conditioning
5
Games Approach to Teaching PE and Sports
6
Physical Fitness Testing, Evaluation and Reporting
7
Principles of Fitness and Health
8
PE Facilities and Sports Event Management
9
Ethnic Relations  ( Keperluan MQA )
10
Arts in Education ( Keperluan MQA)

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang sains sukan dan pendidikan jasmani dari United States Sport Academy dan pensyarah tempatan bagi subjek MQA.

Guru-guru yang menghadiri latihan akan dianugerahkan Diploma Pendidikan Jasmani dari United States Sport Academy yang diakreditasi oleh Commission of Southern Association of Colleges and Schools.