Tawaran Mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG)
PROGRAM AMBILAN SEPTEMBER 2012
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) DARI LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) YANG BERUMUR bawah 50 tahun pada 31 Disember 2012 (lahir pada 1963 dan ke atas), opsyen bersara wajib bagi yang berumur 46 tahun ialah 58 tahun dan bagi yang berumur 47,48 dan 49 ialah 60 tahun.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian PPG bagi kemasukan Khas Tahun 2012. Tawaran ini dibuka kepada PPPLD berdasarkan data daripada pangkalan data Emis.
 
Program ini bertujuan memberi peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPLD) meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah sarjana muda di samping memenuhi keperluan guru siswazah di sekolah rendah dan menengah.
 
Sehubungan dengan itu KPM menawarkan program tersebut yang akan dilaksanakan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negara.
 

PPPLD diminta untuk membuat pengesahan secara online berhubung status penerimaan dan penolakan tawaran ini. Anda juga diminta untuk menghantar dokumen yang telah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing berhubung status penerimaan secara pos atau menerusi faks.

Sila Masukkan No. Kad Pengenalan dan Klik Butang Semakan

Contoh : 730101106565

 
 
MAKLUMAN
 
KALENDAR TAWARAN DAN AMBILAN KHAS
 
BIL KETERANGAN TARIKH TINDAKAN
1. Tawaran dan pengesahan Online 8 Ogos 2012 - 17 Ogos 2012 Guru PPPLD
2. Sokongan dan Pengesahan oleh Ketua Jabatan (manual) 8 Ogos 2012 - 17 Ogos 2012 Guru Besar/ Pengetua/ Ketua Jabatan
3. Pos/ Faks - Dokumen penerimaan atau penolakan ke Bahagian Pendidikan Guru Sebelum atau pada 18 Ogos 2012 Guru PPPLD/ Pengurusan Sekolah
4. Semakan penempatan institusi 19 September 2012 Guru PPPLD
5. Pendaftaran 20 - 30 September 2012
Tertakluk kepada kalendar akademik IPTA/ IPTS
Guru PPPLD
 
Iklan / Surat Siaran Program  
 

SILA CETAK MAKLUMAT PERMOHONAN ONLINE DAN DAPATKAN PENGESAHAN DARIPADA KETUA JABATAN MASING-MASING.

SILA HANTAR DOKUMEN YANG TELAH DISOKONG KEPADA :

PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kompleks E, Blok E 13,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(u.p. : Sektor Peningkatan Keilmuan)

atau

Faks ke nombor berikut: 03-8884 1274

 

Semua dokumen perlu diserahkan sebelum atau pada 18 Ogos 2012

 

HUBUNGI
Sektor No Telefon
Sektor Peningkatan Keilmuan
(Urus setia Program)
  03 -8884 1262/1270/1091/1266/1000
Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan (Permohonan dan Pengambilan)   03 -8884 1232/1242/1236/1000
 

 

 

Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 800 x 600 piksel
© Hakcipta Terpelihara 2011, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia