APAKAH CSR SUKAN?

CSR Sukan adalah program mempromosi, mengenal pasti dan memohon kepada syarikat korporat menaja program sukan melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk program 1Murid 1Sukan. Matlamat Dasar 1Murid 1Sukan ialah untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan murid yang menyeluruh dalam kegiatan sukan dan memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar murid menjadi ahli masyarakat yang berdaya saing tinggi, mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

KPM menghadapi cabaran dalam menyediakan dana untuk melaksanakan program sukannya.Setiap tahun KPM melaksanakan lebih dari 10,000 program sukan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti sukan diperolehi daripada sumber kerajaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, yuran sukan dan sumbangan pihak luar.

Dasar 1Murid 1Sukan merangkumi keseluruhan program sukan di KPM yang terdiri daripada sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Oleh itu, sumbangan dan penajaan sukan di bawah CSR boleh dimanfaatkan untuk semua program sukan di KPM.



  .01 APAKAH CSR SUKAN ?  

 .02 TAWARAN PRODUK KPM

  .03 KEISTIMEWAAN KEPADA PENAJA

  .04 PERNYATAAN HASRAT MENAJA

  .05 HUBUNGI KAMI

  .06 BAHAGIAN SUKAN