online Untitled
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN
CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)
AMBILAN TAHUN 2015

TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN HLP DAN CBBP TB

ARAHAN :
Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.

Tatacara Permohonan
1.
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online. Permohonan ini dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan ianya boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my
2.
Calon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.
3.
Calon-calon adalah diingatkan agar memahami tatacara dengan teliti serta memasukkan kod-kod yang betul. Kesilapan mengisi borang termasuklah kesilapan mengisi no.Kad pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.
4.
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
5.
Calon-calon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan online ini pada waktu yang yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.
6.
Setelah mengisi permohonan secara online, calon-calon dikehendaki mencetak permohonan tersebut iaitu Borang KPM(LDP)1/2013/1A (bagi permohonan HLP) dan KPM(LDP)1/2013/3A (bagi permohonan CBBP TB) serta memuat turun dan lengkapkan Borang KPM(BT)LD 2/2010 dan SENARAI SEMAK.
7.
Borang yang telah dicetak hendaklah dihantar kepada Bahagian Tajaan melalui Ketua Jabatan bersama dengan dokumen berikut :-

a)
Borang KPM(BT)LD 2/2010;
b)
Satu (1) salinan kad pengenalan pegawai yang disahkan;
c)
Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini yang telah disahkan. Sila pastikan kenyataan perkhidmatan mengandungi maklumat-maklumat berikut:
   - tarikh lantikan ke jawatan DG41/DG3
   - tarikh pengesahan jawatan DG41/DG3
   - maklumat cuti belajar (jika pernah diluluskan cuti belajar)
   - tarikh kelulusan perisytiharan harta yang terkini;
d)
Satu (1) salinan Borang Umur Opsyen Persaraan Paksa
(di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2011);
e)
Satu (1) salinan sijil SPM/MCE (atau yang setaraf dengannya) yang disahkan;
f)
Satu (1) salinan Ijazah Pertama yang disahkan;
g)
Satu (1) salinan Ijazah Lanjutan (bagi permohonan peringkat Kedoktoran) yang disahkan;
h) Satu (1) salinan transkrip Ijazah Pertama yang disahkan;
i) Satu (1) salinan transkrip Ijazah Lanjutan (bagi permohonan peringkat Kedoktoran) yang disahkan;
j) Satu (1) salinan surat lantikan ke jawatan DG41/DG3 yang disahkan;
k) Satu (1) salinan surat pengesahan jawatan DG41/DG3 yang disahkan;
l)
Satu (1) salinan surat kelulusan perisytiharan harta yang terkini yang disahkan; dan
m)
Salinan sijil APC (KPM) dan Sijil Sumbangan; dan
n)
Senarai semak.
semua sijil atau dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan semula)


8.
Permohonan yang tidak mematuhi syarat / borang dan dokumen yang tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara online akan ditolak.
9.
Semua dokumen-dokumen permohonan seperti yang disebut di atas yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
(up : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)

Tel: 03-83217100/7144/7135/7140/7137/7136/7135
Faks: 03-83217103

Panduan permohonan
1.
Semasa mengisi Borang Permohonan Online, beberapa panduan berikut disaran supaya urusan pengisian maklumat permohonan tuan/puan mudah dan jelas.
1.1
Maklumat Kursus

Sila isikan maklumat peringkat dan bidang pengajian yang ingin dimohon. Sekiranya calon telah mendapat tempat / sedang mengikuti pengajian secara separuh masa sila nyatakan tarikh pendaftaran (pengajian separuh masa), IPTA dan bidang yang diikuti.
1.2
Maklumat Pemohon

Nama Pemohon
Sila isi nama penuh anda (HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan baru anda tidak melebihi 50 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai.
Contoh
Nota
:
:
MOHAMED ASYRAF ARFAN B KAMARUL FIRDAUS
maklumat ini boleh dikemaskini / dipinda
No. Kad Pengenalan
No. Kad Pengenalan akan dipapar berdasarkan Sistem Maklumat Staf ATAU Nombor kad pengenalan baru yang anda taip masuk semasa pendaftaran
Nota : maklumat ini TIDAK boleh dikemaskini / dipinda
Alamat Tempat Bertugas
Sila masukkan alamat tempat bertugas anda dengan lengkap. Jika ruang tidak mencukupi, guna huruf-huruf yang ringkas.
Contoh
Nota
: SEK. MEN. TUN. DR. ISMAIL
maklumat ini boleh dikemaskini / dipinda
Nombor Telefon Tempat Bertugas
Sila masukkan nombor telefon pejabat tempat anda bertugas dalam ruang yang berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.
Contoh
Nota
: 03-42984585 jadi 0342984585
maklumat ini boleh dikemaskini
Nombor Faks Tempat Bertugas
Sila masukkan nombor faks tempat anda bertugas dalam ruang yang berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.
Contoh
Nota
: 03-42984585 jadi 0342984585
maklumat ini boleh dikemaskini
1.3
Alamat Surat Menyurat
Sila isikan alamat tetap tempat kediaman anda. Sekiranya ruangan tidak mencukupi, sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang digunakan mestilah mudah difahami
1.4
Alamat Tempat Bertugas
Sila isikan alamat tetap tempat berkhidmat anda. Sekiranya ruangan tidak mencukupi, sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang digunakan mestilah mudah difahami
1.5
Maklumat Akademik
Sila isikan dan lengkapkan maklumat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (bagi calon peringkat Sarjana dan Kedoktoran) dan Ijazah Sarjana (bagi calon peringkat kedoktoran).
1.6
Maklumat Perkhidmatan
1.6.1 Tarikh Pelantikan dan Tarikh Pengesahan
Sila pastikan maklumat tarikh pelantikan dan tarikh pengesahan diisi dengan betul. Tarikh lantikan ini mestilah tarikh lantikan ke skim DG41.
1.6.2. Tempoh Memegang Jawatan Sekarang
Sila nyatakan tempoh anda berkhidmat dalam skim DG41.
1.6.3. Subjek Opsyen Asal
Sila nyatakan pengkhususan subjek semasa anda mengikuti pengajian di IPG.
1.6.4. Subjek Opsyen Sekarang dan Tempoh Mengajar
Sila nyatakan subjek yang diajar sekarang beserta tempoh pengalaman mengajar subjek tersebut.
Contoh
Nota
: Bagi calon yang berkhidmat di Bahagian/Jabatan, sila nyatakan tempoh pengalaman anda dalam bidang yang dipohon
1.6.5. Opsyen Persaraan dan umur Persaraan
Sila nyatakan opsyen persaraan dan umur persaraan yang telah anda pilih
Contoh
Nota
: Maklumat ini WAJIB diisi oleh semua calon yang memohon
1.7
Pencapaian Dalam Perkhidmatan
1.7.1. Sumbangan Kepada Perkhidmatan
Sila nyatakan sumbangan dan peringkat sumbangan tersebut
Contoh
: Peringkat sekolah/daerah/negeri/kementerian/
kebangsaan/Negara
Nota
: Sila kepilkan bersama sijil-sijil berkaitan (sekiranya ada) semasa mengemukakan borang permohonan ke Bahagian Tajaan Pendidikan
1.7.2. Penulisan / Penerbitan
Sila nyatakan hasil penulisan dan penerbitan yang dihasilkan dan peringkat sumbangan tersebut.
Contoh
: Peringkat sekolah/daerah/negeri/kementerian/
kebangsaan/Negara
1.7.3. Tiga Anugerah terkini
Sila nyatakan sekiranya pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atau anugerah-anugerah lain.
Nota
: Sila kepilkan bersama sijil-sijil anugerah tersebut semasa mengemukakan borang permohonan ke Bahagian Tajaan Pendidikan.
1.8
Maklumat Cuti Belajar
1.8.1. Jenis Cuti Belajar dan Tempoh Cuti Belajar
Sekiranya calon pernah diluluskan cuti belajar sebelum ni, sila nyatakan jenis cuti belajar dan tempoh cuti belajar yang telah diluluskan
1.8.2. Ikatan Perjanjian
Sila nyatakan tempoh ikatan perjanjian yang telah ditetapkan. Tempoh ikatan perjanjian adalah berdasarkan jenis cuti belajar yang diluluskan
Nota
: Tempoh ikatan perjanjian ini boleh disemak dalam perjanjian Cuti Belajar calon.
1.8.3. Tempoh Telah Berkhidmat Daripada Ikatan
Sila nyatakan tempoh kontrak yang telah disempurnakan
Contoh
: Tempoh ikatan perjanjian Cuti Belajar Bergaji Penuh yang telah diluluskan adalah 4 tahun. Pegawai telah melapor diri kembali bertugas pada 1 Januari 2010. Tempoh telah berkhidmat daripada perjanjian adalah 3 tahun
1.9

Maklumat Tambahan
Jika calon belum pernah mengikuti pengajiaan, sila nyatakan “TIDAK” pada ruangan “Sedang Melanjutkan Pelajaran?

”Sekiranya calon sedang mengikuti pengajian secara separuh masa, sila pilih “YA” dan teruskan mengisi maklumat pengajian anda.

1.10 Perakuan
Setelah semua maklumat dilengkapkan, calon perlu membuat perakuan berkaitan butir-butir yang dinyatakan di atas. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar ke Bahagian Tajaan Pendidikan bersama-sama dengan dokumen lain seperti yang dinyatakan dalam senarai semak.

Panduan Pengisian Borang KPM(BT)LD 2/2010 (Bahagian B, C, D dan E)
Bahagian ini hendaklah diisi oleh Ketua Jabatan tempat berkhidmat manakala Akuan Pengesahan di Bahagian E hendaklah diperolehi di peringkat Kementerian atau JPN. Contohnya :-
a).
Sekiranya pemohon berkhidmat di Institut Perguruan Guru (IPG), Bahagian B, C dan D dan Borang KPM(BT)LD 2/2010 akan diperakukan oleh Pengarah IPG manakala Bahagian E hendaklah disahkan oleh Rektor IPGM Induk di Kementerian;
b)
Sekiranya pemohon berkhidmat di sekolah, Bahagian B, C dan D diperakukan oleh Guru Besar/Pengetua sekolah manakala Bahagian E disahkan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Perakuan oleh Ketua Jabatan hendaklah dibuat dengan teliti dengan mengambil perhatian terutama kepada syarat-syarat permohonan seperti yang dinyatakan;
c)
Sekiranya PPPS berkhidmat di Pusat Matrikulasi, Bahagian B, C dan D hendaklah diperakukan oleh Pengarah Matrikulasi manakala Bahagian E hendaklah disahkan oleh Pengarah Bahagian Matrikulasi di Kementerian ; dan
d)
Sekiranya PPPS berkhidmat di Jabatan / Bahagian di KPM, Bahagian B, C dan D hendaklah diperakukan oleh Ketua Unit manakala Bahagian E hendaklah disahkan oleh Pengarah Bahagian.

Perhatian :-
a)
Permohonan online dibuka mulai 24 Mac 2014 (Jumaat) sehingga 24 April 2014 (Khamis).
b)
Borang permohonan ini hendaklah dihantar kepada Bahagian Tajaan Pendidikan selewat-lewatnya pada 30 April 2014 (Rabu).
c)
Sila tandakan Sarjana atau Kedoktoran (mengikut peringkat pengajian permohonan) di SEBELAH ATAS KANAN sampul surat.
** Sila klik di sini untuk melihat Carta Alir Permohonan

Perhatian:- Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.  

© Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer.
Hakcipta Terpelihara 2011, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia