Untitled
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN
CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)
AMBILAN TAHUN 2015

PENGENALAN

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)
PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA
SESI 2015

Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara dan Luar Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ā€˜Cā€™ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
Pecahan Program HLP Tahun 2014 adalah seperti berikut :
HLP Peringkat Kedoktoran
Bil. Kategori
1. HLP Am (Dalam Negara) Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)
2. HLP Am (Luar Negara) Terbuka kepada semua PPPS yang berkhidmat di KPM
3. HLP IPG Terbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
4. HLP IAB Terbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB) sahaja
5. HLP Matrikulasi Terbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja
HLP Peringkat Sarjana
Bil. Kategori
1. HLP Am

Terbuka kepada semua PPPS yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)

2. HLP IPG Terbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
3. HLP Matrikulasi Terbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja



PENGENALAN

PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA
SESI 2015

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ā€˜Cā€™ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai juga harus mengambil maklum bahawa segala perbelanjaan semasa mengikuti pengajian termasuk Yuran Pengajian adalah dibawah tanggungan sendiri. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Program HLP selepas tawaran diberikan adalah TIDAK DIBENARKAN
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
Pecahan Program CBBP TB Tahun 2014 adalah seperti berikut :

CBBP TB Peringkat Kedoktoran
Bil. Kategori
1. CBBP TB Am Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPS) yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)
2. CBBP TB IPG Terbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja
3. CBBP TB IAB Terbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB) sahaja
4. CBBP TB Matrikulasi Terbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja
CBBP TB Peringkat Sarjana
Bil. Kategori
1. CBBP TB HLP Am

Terbuka kepada semua PPPS yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG, IAB dan Bahagian Matrikulasi)

2. CBBP TB Matrikulasi Terbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Bahagian Matrikulasi sahaja
Perhatian:-  Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.  

© Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer.
Hakcipta Terpelihara 2011, Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia