online Untitled
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN
CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB)
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)
AMBILAN TAHUN 2015
SYARAT PERMOHONAN

TAWARAN HADIAH PERSEKUTUAN (HLP)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH
UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2014

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.


1.     Syarat
i)
Warganegara Malaysia;
ii)
Pegawai berumur tidak melebihi 43 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan 45 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana pada 1 Januari 2015;
iii)
Pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan PPPS selewat-lewatnya Januari 2011) ;
iv)
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
v)
Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2011, 2012 dan 2013). Penilaian setahun LNPT mestilah genap 12 bulan. Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar ;
vi)
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vii)
Memiliki syarat kelayakan akademik berikut :
Peringkat Pengajian Kelulusan PNGK atau setaraf Tempoh Minimum
Pengalaman Bekerja di
Peringkat P & P
(pada 1 Januari 2013)
Sarjana Muda Sarjana
Sarjana 2.00-2.49 Tidak Berkaitan 10 Tahun
2.50-2.99 5 Tahun
3.00 dan ke atas 3 Tahun
Ph.D Tidak Berkaitan Lulus 5 Tahun
3 Tahun
viii)
Memiliki ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana;
ix)
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
x)
Bersih daripada perrtuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
xi)
Telah mengisytiharkan harta; dan
xii)
Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain.
xiii)
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
xiv)
Satu Kertas Cadangan (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) perlulah disediakan untuk dibawa semasa sesi temuduga (sekiranya terpilih). Panduan menulis kertas cadangan adalah seperti di LAMPIRAN D;
xv)
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara dan Universiti Luar Negara yang diiktiraf oleh JPA;
xvi)
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) dan Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja;
xvii)
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
xviii)
Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan peringkat sarjana adalah 24 bulan (maksimum) bagi Mod Campuran dan 18 bulan bagi Mod Penyelidikan;
xix)
Calon-calon hanya layak membuat SATU permohonan sahaja sama ada HLP atau CBBP TB dalam tahun yang sama.Kementerian berhak menukar pencalonan HLP kepada CBBP TB(sekiranya perlu);
xx)
Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti di Lampiran E; dan
xxi)
Pegawai yang telah diluluskan CBBP TB sebelum ini tidak layak memohon.


SYARAT PERMOHONAN

TAWARAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH
TANPA BIASISWA (CBBP TB)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH UNTUK MENGIKUTI
PENGAJIAN PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2014

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bermaksud perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Pegawai-pegawai hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat kearah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.


1.     Syarat Umum
i)
Warganegara Malaysia;
ii)
Berumur tidak melebihi 44 tahun bagi permohonan peringkat Kedoktoran dan tidak melebihi 46 tahun bagi permohonan peringkat Sarjana pada 1 Januari 2015;
iii)
Pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 3 tahun (lantikan PPPS selewat-lewatnya Januari 2011);
iv)
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
v)
Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh genap 3 tahun dalam skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2011, 2012 dan 2013). Penilaian setahun LNPT mestilah genap 12 bulan. Sekiranya tuan/puan pernah diluluskan Cuti Belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti Belajar;
vi)
Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
vii)
Memiliki ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana;
viii)
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
ix)
Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
x)
Telah mengisytiharkan harta; dan
xi)
Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA atau badan-badan peminjam kerajaan yang lain.
xii)
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian/kursus yang ditawarkan sahaja;
xiii)
Satu Kertas Cadangan (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) perlulah disediakan untuk dibawa semasa sesi temuduga (sekiranya terpilih). Panduan menulis kertas cadangan adalah seperti di LAMPIRAN D;
xiv)
Tempat pengajian adalah di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Dalam Negara yang diiktiraf oleh JPA;
xv)
Bagi peringkat Sarjana, Mod Pengajian yang dibenarkan adalah Kerja Kursus dengan Disertasi/Tesis (Mod campuran) dan Mod Penyelidikan Sepenuhnya sahaja;
xvi)
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
xvii)
Tempoh Cuti Belajar bagi peringkat Kedoktoran adalah selama 36 bulan (maksimum) dan 24 bulan (maksimum) bagi Mod Penyelidikan;
xviii)
Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti di Lampiran E; dan
xix)
Calon-calon hanya layak membuat SATU permohonan sahaja sama ada HLP atau CBBP TB dalam tahun yang sama.

Perhatian:- Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.  

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:
 
Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor
 
Tel: 03-83217100/7144/7140/7137/7136/7135
Faks: 03-83217103
 
 
© Sesuai dengan paparan 1024 x 768 pixel menggunakan Internet Explorer.
Hakcipta Terpelihara 2011, Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia