Pengguna eGTukar perlu mendaftar ke sistem untuk mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan ke sistem . Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja bagi satu sesi pertukaran.
2.
Pemohon TIDAK DIBENARKAN membuat pertukaran dalam negeri yang sama sekiranya sekiranya ianya berada didalam jenis sekolah yang sama.
3.
Pindaan kepada maklumat permohonan hanya boleh dibuat sebelum menekan butang HANTAR.
4.
Selagi pemohon tidak menekan butang HANTAR, maklumat permohonan/ maklumat permohonan tidak akan diterima oleh sistem
5.
Pemohon WAJIB mencetak maklumat yang telah dikemukakan pada menu CETAKAN bagi tujuan mendapatkan no permohonan dan diserahkan kepada PENGETUA/GURU BESAR sebagai bukti permohonan.
Ciri-Ciri Keselamatan
1.
Sila rahsiakan ID Pengguna dan Kata Laluan daripada pihak lain. Pencerobohan maklumat permohonan anda boleh berlaku sekiranya ada pihak lain yang mengetahui ID Pengguna dan Kata Laluan anda.
2.
Anda tidak dibenarkan mengemukakan permohonan melalui rakan anda. Anda perlu mengemukakan sendiri permohonan anda melalui eGTukar tanpa melibatkan orang lain.
3.
Anda tidak dibenarkan membuka dua (2) laman web serentak yang mengandungi maklumat anda dan rakan anda dalam komputer yang sama.
4.
Sila pastikan skrin laman web anda ditutup setelah selsai mengemukakan permohonan melalui eGTukar. Bagi memastikan maklumat anda tidak di simpan dalam komputer (cookies) terutama sekali apabila menggunakan komputer di Makmal Komputer dan Cyber Cafe, sila laksanakan langkah-langkah berikut :-
BROWSER : INTERNET EXPLORER ver 7.0
Pada laman interet, sila pilih menu TOOLS -- > INTERNET OPTION;
Pastikan anda berada pada tab GENERAL
Pada bahagian Browsing history sila klik butang Delete..
Klik butang Delete Files pada Bahagian Temporary Internet Files
Sistem akan memaparkan Mesej Delete Files – Are you sure you want to delete all temporary Interent Explorer files?. Klik butang Yes
Ulangan pada Bahagian Cookies. Klik butang Close
Klik butang OK
BROWSER : MOZILLA FIREFOX
Pada laman interet, sila pilih menu TOOLS - à CLEAR PRIVATE DATA
Tandakan pada kotak Cookies dan Cache
Tekan butang Clear Private Data Now
Klik OK
Mengisi Maklumat Pendaftaran
1.
Semua pengguna eGTukar disyaratkan untuk mengwujudkan ID Pengguna dan Kata Laluan Sistem sebelum menbuat capaian ke eGTukar.
2.
Maklumat yang diperlukan bagi mengwujudkan ID Pengguna dan Kata Laluan adalah
Nama Penuh
Nombor Kad Pengenalan
Nombor Gaji
ID Pengguna ( yang di pilih oleh pengguna)
Kata Laluan ( yang di pilih oleh pengguna )
Pengesahan Kata Laluan
Emel ( emel yang boleh dihubungi )
Taraikh Lahir Pemohon mengikut format hh/bb/tttt
Soalan Keselamatan ( Pilih Salah Satu)
Jawapan kepada soalan Keselamatan
Mengisi Maklumat Permohonan
1.
Pemohon hanya boleh mengisi borang permohonan apabila membaca setiap satu syarat-syarat permohonan pertukaran dan klik pada semua syarat-syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan paparan borang permohonan di sistem.
2.
Bagi pemohon yang mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk memohon, permohonan boleh dibuat dengan menyemak dan mengisi lima (5) bahagian utama
MAKLUMAT PERMOHONAN
MAKLUMAT DIRI PERMOHON
AKADEMIK DAN IKHTISAS
MAKLUMAT PERKHIDMATAN
MAKLUMAT SUAMI/ISTERI
SEBAB MOHON TUKAR
PENGAKUAN PEMOHON
3.
MAKLUMAT PERMOHONAN. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat seperti dibawah :-
Jenis sekolah di pohon
Negeri yang di pohon
PPD yang di pohon
4.
MAKLUMAT DIRI PERMOHON. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat seperti dibawah :-
Status Perkahwinan
5.
MAKLUMAT AKADEMIK DAN IKHTISAS. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat seperti dibawah :-
Kategori Guru
Opsyen 1
Opsyen 2
6.
MAKLUMAT PERKHIDMATAN. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat seperti dibawah :-
Tahun Tamat Latihan Ikhtisas
Tarikh Penempatan Pertama Sebagai Guru Terlatih
Tarikh Mula Bertugas di Negeri Sekarang
Tarikh Kursus Dalam Perkhidmatan yang sedang diikuti
Subjek yang boleh diajar selain daripada subjek opsyen
Pengalaman Mengajar Sebagai Guru Terlatih ( 8 Buah Sekolah Terakhir)
Nama Sekolah
Alamat Sekolah
Subjek Di Ajar
Tingkatan / Tahun
Tarikh Awal dan Akhir Mengajar
7.
MAKLUMAT SUAMI/ISTERI. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat seperti dibawah :-
Nama Suami/ Isteri
No Kad Pengenalan Baru Suami/Isteri
Tarikh Perkahwinan
Pekerjaan / Jawatan disandang oleh Suami/Isteri
Alamat tempat bekerja Suami/ Isteri
Poskod
Negeri
No Telefon
Tarikh Suami/Isteri mula berkhidmat di negeri yang dipohon
8.
MAKLUMAT SEBAB MOHON TUKAR. Pemohon dikehendaki memilih sebab-sebab permohonan bertukar.
9.
MAKLUMAT PENGAKUAN PEMOHON. Pemohon dikehendaki menanda dokumen-dokumen sokongan yang akan disertakan bersama untuk tujuan pertukaran
Mencetak Maklumat
1.
Pemohon hendaklah memastikan Komputer yang digunakan mempunyai perisian Acrobat Reader.
2.
Sekiranya tiada, pemohon boleh muat turun perisian tersebut di muka utama sistem eGTukar. Acrobat Reader.
3.
Pemohon hendaklah mencetak maklumat permohonan yang telah diisi setelah menghantar borang permohonan.
4.
Pemohon hendaklah mencetak maklumat permohonan dengan menekan butang icon pada skrin cetakan dengan memastikan dalam cetakan tersebut mempunyai NO. PERMOHONAN.
5.
Sistem akan mencetak maklumat tersebut mengikut muka surat bergantung berapa panjang borang permohonan tersebut.