Sistem Pertukaran Guru Secara Online

Syarat-Syarat Permohonan Pertukaran

   
1.
Kementerian Pelajaran tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang di pohon tidak terdapat kekosongan jawatan
 
2.
Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari Jabatan Pelajaran Negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari Jabatan Pelajaran Negeri yang diluluskan
 
3.
Kementerian Pelajaran tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
 
4.
Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia
 
5.
Guru-guru berikut tidak layak memohon pertukaran
 
a.
Guru Sandaran Tidak Terlatih yang sedang mengikut Kursus Dalam Cuti
 
b.
Guru yang sedang mengikuti Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
 
c.
Guru yang telah tamat latihan LPBS tetapi belum cukup tempoh 36 bulan perkhidmatan di sekolah ditempatkan
 
d.
Guru yang sedang bercuti tanpa gaji
 
e.
Guru yang sedang mengikuti kursus/cuti belajar
 
f.
Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
   
6.
Semua Jawatan yang disandang akan tergugur apabila permohonan pertukaran diluluskan
   
7.
Semua keterangan yang diberikan dalam borang ini hendaklah lengkap dan benar. Jika terdapat sebarang pemalsuan keterangan, permohonan tidak akan dilayan dan sebarang kelulusan yang telah diberikan akan dibatalkan.
   
8.
Semua salinan dokumen yang berkaitan hendaklah disahkan dan diserahkan kepada Pengetua/ Guru Besar.