TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN

ARAHAN :
Semua Pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat/tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.
Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.   

1.0 Tatacara permohonan Murid Tahun 1 secara Online

1.

Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.   Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2014 hingga 30 April 2014 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor  http://apps.moe.gov.my/esppsel Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.

 

2.

Ibu bapa atau Penjaga yang anaknya memenuhi syarat-syarat pendftaran tahun satu boleh membuat permohonan secara online. Sila baca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi no mykid dan tarikh kelahiran dan lain-lain maklumat yang diperlukan akan mengakibatkan permohonan gagal atau ditolak.

 

3.

Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah

 

4.

Mulakan proses permohonan melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE Pemohon perlu mengesahkan dahulu  pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU)  Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon  berada,  boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui  pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php  Sila hubungi meja bantuan jabatan kami jika masih menghadapi masalah.

 

5.

Sila masukkan data Maklumat Pemohon dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan  Tarikh Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang  maklumat lain yang diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila  semak semua maklumat yang  dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan cetakan borang.

 

6.

Sistem akan menggunakan no Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap.  No Pin diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan.

 

7.

Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan  pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.

 

8.

Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.

 

9.

Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

 

10.
Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email jabatan kami. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak ketika membuat urusan tersebut.


2.0    Maklumat Anak
2.1    Nama Penuh 
Sila isi nama penuh anda (HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan. Jika nama anda melebihi 40 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai.

         *Contoh : MOHAMED ZULKARNAIN B MOHAMED MUSTAPHA ABDULLAH

        *Nota: Maklumat ini boleh dipinda.

 
2.2    Nombor MY Kid atau Borang W (Lahir Luar Negara)

        No. Kad My Kid atau Borang W (Lahir Luar Negara) akan digunakan sebagai ID Murid apabila membuat semakan atau pengemaskinian



3.0    Alamat
3.1   Alamat Tempat

Sila masukkan alamat surat mesyurat bagi memudahkan proses hubungan. Jika ruang tidak mencukupi, gunakan huruf-huruf ringkas.

    Contoh :
39, JLN KLANG BANTING,
   
42500 TELOK PANGLIMA GARANG,    
SELANGOR    
 
3.2   Nombor Telefon
Sila masukkan nombor telefon ( rumah/pejabat/handset ) dalam ruang  berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

              Contoh : 013 - 3526656           Contoh : 03 - 22656636

              Jadikan : 0133526656            Jadikan : 0322656636