|
Kalendar Aktiviti Permohonan Pertukaran Bukan Guru KPM
Bil. 2/2013 |
| Peringkat |
Aktiviti |
Tempoh
Masa |
| 1 |
Permohonan Atas Talian oleh Pemohon (1-30 April 2013) |
30 hari |
| 2 |
Pengesahan di peringkat Pengesah I (1-8 Mei 2013)
- Pengesah I adalah terdiri di kalangan ketua jabatan tempat pemohon bertugas seperti Guru Besar/Pengetua/Pengarah IPG/Pengarah Kolej Matrikulasi dll.
* Pengesahan juga boleh dilakukan sebaik sahaja permohonan dihantar oleh pemohon tanpa perlu menunggu tarikh yang telah ditetapkan. |
8 Hari |
| 3 |
Pengesahan di peringkat Pengesah II (9-16 Mei 2013)
- Pengesah II adalah terdiri di kalangan ketua jabatan di peringkat negeri atau bahagian seperti Pengarah-pengarah JPN/Pengarah-pengarah Bahagian.
|
8 Hari |
| 4 |
Pemprosesan kelulusan permohonan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (17-30 Mei 2013) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
(1-14 Jun 2013) |
27 Hari |
| 5 |
Makluman keputusan permohonan pertukaran kepada pemohon
(22-30 Jun 2013) |
10 hari |
| 6 |
Pemohon berjaya melaporkan diri (1 Julai 2013) |
1 Hari |
|
|
| Pengurusan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru |
| Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran
daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran Malaysia. Permohonan
yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:- |
|
| a. Mengikut pasangan bertukar |
| b. Mencari pengalaman baru |
| c. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai
dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab
munasabah) |
|
| Permohonan Pertukaran Atas Talian |
| Permohonan atas talian ini merupakan satu lagi inovasi Kementerian dalam
mempercepatkan proses permohonan pertukaran disamping dapat meningkatkan
penggunaan ICT di dalam urusan perkhidmatan. Sistem ini juga dapat menjimatkan
masa dan tenaga pengurus sumber manusia di peringkat Kementerian/Bahagian/Jabatan/Institusi
dan sekolah. |
|
| Proses permohonan pertukaran melibatkan 3 peringkat yang melibatkan
pemohon, ketua jabatan, bahagian / jabatan dan pihak Kementerian. Berikut
adalah anggaran tempoh masa yang terlibat di dalam proses permohonan atas
talian berkenaan:- |
|
| Peringatan |
|
| Permohonan tuan/puan perlu disahkan oleh Pengesah I dan Pengesah II
terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada BPSM. Pengesah I adalah terdiri
di kalangan guru besar/pengetua/pengarah-pengarah ipg/pengarah-pengarah
kolej matrikulasi,pegawai BTPN dan lain-lain yang melaksanakan tugas sebagai
ketua jabatan. Manakala Pengesah II pula terdiri daripada Pengarah JPN/pengarah/setiausaha
bahagian dan lain-lain. |
| |
| Pemohon adalah diingatkan untuk membuat susulan dengan Pengesah I bagi
memastikan permohonan yang dibuat telah disahkan agar permohonan berkenaan
dimajukan kepada Pengesah II. |