HALAMAN UTAMA
MAKLUMAT PROGRAM
- IKLAN PERMOHONAN
- MAKLUMAN PENTING
- BIDANG DITAWARKAN
- SYARAT KELAYAKAN ASAS
- STRUKTUR PROGRAM
- KALENDAR AKTIVITI
PERMOHONAN
- PERMOHONAN [BARU]
- SEMAKAN PERMOHONAN
- CONTOH PERMOHONAN
SOALAN LAZIM (FAQ)
HUBUNGI KAMI
LOG KELUAR

 

     
 

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

 AMBILAN JUN 2012
 
  Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut  
  1 KETERANGAN PROGRAM  
   
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
 
   
   
  2 STRUKTUR PROGRAM  
    2.1 Program Persediaan (Lapan Belas Bulan/Tiga Semester)  
    2.2 Program Ijazah (Empat Tahun/Lapan Semester)  
         
  3 SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS  
    3.1 Warganegara Malaysia.  
    3.2

Umur   tidak   melebihi   20   tahun  pada   30 Jun 2012  iaitu  lahir  pada
atau selepas  30 Jun 1992.

 
    3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.  
    3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.  
    3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran.  
     

DAN

 
      sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran yang berikut:  
     

3.5.1    Bahasa Melayu 
3.5.2    Sejarah
3.5.3    Satu mata pelajaran yang lain
            serta;
3.5.4    lulus Bahasa Inggeris

 
    3.6 Memenuhi syarat  dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).  
       
  4 PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN  
    4.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)  
      4.1.1    Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.  
 
      4.1.2    Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama lapan belas bulan/tiga semester di institusi berkenaan.  
 
      4.1.3    Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun/lapan semester di Institut Pendidikan Guru  yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  
 
         
  5 BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN:  
    5.1 Sekolah Kebangsaan (SK)  
     
2.1.1 Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
2.1.7 Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Pendidikan Rendah
2.1.2 Bahasa Tamil
Pendidikan Rendah
2.1.8 Pendidikan Islam
Pendidikan Rendah
2.1.3 Bahasa Cina
Pendidikan Rendah
2.1.9 Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
2.1.4 Bahasa Arab
Pendidikan Rendah
2.1.10 Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah
2.1.5 Bahasa Kadazandusun
Pendidikan Rendah
2.1.11 Pengajian Sejarah
Pendidikan Rendah
2.1.6 Bahasa Iban
Pendidikan Rendah
2.1.12 Pendidikan Muzik
Pendidikan Rendah
 
    5.2

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

 
     
2.1.1 Bahasa Melayu
Pendidikan Rendah
2.1.7 Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Rendah
2.1.2 Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
2.1.8 Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah
2.1.3 Matematik
Pendidikan Rendah
2.1.9 Bimbingan dan Kaunseling
2.1.4 Sains
Pendidikan Rendah
2.1.10 Pengajian Sejarah
Pendidikan Rendah
2.1.5 Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Pendidikan Rendah
2.1.11 Pendidikan Pemulihan
Pendidikan Rendah
2.1.6 Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
2.1.12 Pendidikan Muzik
Pendidikan Rendah
 
    5.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)  
     
2.1.1 Bahasa Melayu
Pendidikan Rendah
2.1.7 Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Rendah
2.1.2 Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
2.1.8 Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah
2.1.3 Matematik
Pendidikan Rendah
2.1.9 Bimbingan dan Kaunseling
2.1.4 Sains
Pendidikan Rendah
2.1.10 Pengajian Sejarah
Pendidikan Rendah
2.1.5 Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran Pendidikan Rendah
2.1.11 Pendidikan Pemulihan
Pendidikan Rendah
2.1.6 Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
2.1.12 Pendidikan Muzik
Pendidikan Rendah
 
     
  6. CARA MEMOHON  
    6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2012.  
    6.2 Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan
Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 22 Mac 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
 
    6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  
    6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.  
    6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.  
    6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.  
         


Hakcipta Terpelihara ©2012
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan perkhidmatan ini di dalam sistem ini. Semua maklumat akan dirahsiakan dan hanya digunakan oleh Kerajaan Malaysia