HALAMAN UTAMA
MAKLUMAT PROGRAM
- IKLAN PERMOHONAN
- MAKLUMAN PENTING
- BIDANG DITAWARKAN
- SYARAT KELAYAKAN ASAS
- SYARAT KHUSUS BIDANG
- STRUKTUR PROGRAM
- BILANGAN KEPERLUAN
- KALENDAR AKTIVITI
PERMOHONAN
- PERMOHONAN
- SEMAKAN PERMOHONAN
- SEMAKAN PANGGILAN
  TEMUDUGA
[BARU]
- CONTOH PERMOHONAN
SOALAN LAZIM (FAQ)
HUBUNGI KAMI

 

     
 

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)
BAGI LULUSAN SIJIL MENENGAH AGAMA(SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA(SMU)
 AMBILAN KHAS JUN 2012

 
  Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut  
  1 KETERANGAN PROGRAM  
   
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus : Sepenuh Masa
 
   
   
  2 STRUKTUR PROGRAM  
    2.1 Program Persediaan (Lapan Belas(18) Bulan/Tiga(3) Semester)  
    2.2 Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan(8) Semester)  
         
  3 SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS  
    3.1 Warganegara Malaysia.  
    3.2

Umur   tidak   melebihi   20   tahun  pada   30 Jun 2012  iaitu  lahir  pada
atau selepas  30 Jun 1992.

 
    3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.  
    3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.  
    3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurangt-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.  
     

 

 
  4 SYARAT TAMBAHAN  
    4.1 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)  
      4.1.1 Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama  
      (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian (JAYYID)  
      dI peringkat SMA atau SMU.  
       
       
  5. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN  
    5.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
 
      5.1.1    Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.  
 
      5.1.2    Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas(18) bulan/tiga(3) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  
 
      5.1.3    Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat(4) tahun/lapan(8) semester di IPG  yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  
 
      5.1.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS
dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:


i - Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;
ii - Sejarah; dan
iii - Pendidikan Syariah Islamiah.
 
 
         
     
  6. CARA MEMOHON  
    6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 23 April 2012.  
    6.2 Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan
Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) mulai 23 April 2012. Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
 
    6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  
    6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.  
    6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.  
    6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.  
         
  7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 02 MEI 2012 (RABU/11:59 MALAM)  
         
         


Hakcipta Terpelihara ©2012
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan perkhidmatan ini di dalam sistem ini. Semua maklumat akan dirahsiakan dan hanya digunakan oleh Kerajaan Malaysia