M - - H    

 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
   
 
KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
AMBILAN KHAS BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)
   
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program seperti di bawah :
   
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
   
1.  SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
  1.1 Warganegara Malaysia.
  1.2

Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.

  1.3

Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

  1.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  1.5
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
     
2. SYARAT TAMBAHAN
  2.1 Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
    2.1.1
Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat Sijil Senior Level (UEC-SML).
  2.2 Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
    2.2.1
Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di peringkat SMA atau SMU.
     
3. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
  3.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  Bahasa Cina Pendidikan Rendah
    3.1.1
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
    3.1.2
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    3.1.3
Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    3.1.4
Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i.   Bahasa Melayu Komunikasi;
ii.  Sejarah; dan
iii. Pendidikan Moral.
     
  3.2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
    3.2.1
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
    3.2.2
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas (18) bulan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    3.2.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    3.2.4 Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan lulus dengan jayanya dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:
i.   Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah;
ii.  Sejarah; dan
iii. Pendidikan Syariah Islamiah.
4. CARA MEMOHON
  4.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 04 April 2011.
  4.2

Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.

  4.3

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

  4.4
Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  4.5
Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  4.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
     
5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13 APRIL 2011
     
6.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

     
  BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No. Telefon : 03-88841260/1254/1253/1371/1235
     
  URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804
     
  URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045
     

Hakcipta Terpelihara 2011 - Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.