Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
   M - -  
 

Paparan Menarik:
Internet Explorer 7.0
saiz resolusi 1024 x 768 Pixel


Latar Belakang dan Konsep Program dan Pengkhususan Kelayakan Untuk Memohon
Syarat Kelayakan Minimum Program Dua Tahun (PDT) Surat Tawaran & Tarikh Tutup
PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT)

1.0  PENGAMBILAN
 

Program ini ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi tidak terpilih bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).

   
2.0 PENDAFTARAN
 

Pendaftaran bagi Program Matrikulasi Dua Tahun dijalankan serentak bersama pelajar PST.

   
3.0 MODUL PENGAJIAN PROGRAM DUA TAHUN (PDT)

Dua modul pengajian disediakan. Pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan mengambil Modul I atau Modul II semasa tahun pertama, manakala pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam SPM hanya dibenarkan mengambil Modul II.


Modul Pengajian PDT

 

Tahun Pertama

Modul I

1. Fizik

2. Kimia

3. Matematik

4. Biologi

5. Bahasa Inggeris

Modul II

1. Fizik

2. Kimia

3. Matematik

4. Sains Komputer

5. Bahasa Inggeris

Modul III

1. Kimia

2. Biologi

3. Matematik

4. Sains Komputer


Pelajar wajib lulus semua mata pelajaran wajib dan kokurikulum.

4.0 SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM DUA TAHUN (PDT)
  Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

1.
C
Bahasa Melayu
2.
C
Bahasa Inggeris 
3.
C
Matematik
4.
C
Kimia
5.
D
Matematik Tambahan
6.
C
Dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut: Fizik / Biologi /
Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)



Dibangunkan untuk Bahagian Matrikulasi (BMKPM) oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Kementerian Pelajaran Malaysia 2011