Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
   M - -  
 

Paparan Menarik:
Internet Explorer 7.0
saiz resolusi 1024 x 768 Pixel


Latar Belakang dan Konsep Program dan Pengkhususan Kelayakan Untuk Memohon
Syarat Kelayakan Minimum Program Dua Tahun (PDT) Surat Tawaran & Tarikh Tutup
PROGRAM DAN PENGKHUSUSAN

1.0  BIDANG PENGKHUSUSAN
1.1 Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua (2) jurusan dan satu (1) aliran iaitu :
  a)   Sains            (M001)
  b)   Perakaunan  (M003)
  c)   Teknikal        (M007)
2.0 PAKEJ MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN
2.1

Mata Pelajaran Teras Jurusan Sains

Matematik,

Kimia dan

Fizik atau Biologi

2.2

 

 

 

 

 

Mata Pelajaran Teras Jurusan Perakaunan

Matematik,

Perakaunan,

Ekonomi dan

Pengurusan Perniagaan

2.3

Mata Pelajaran Teras Aliran Teknikal

Matematik Kejuruteraan

Fizik Kejuruteraan

Kimia Kejuruteraan

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE) / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) / Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)

 
3.0 RANCANGAN PROGRAM
3.1 Jangka Masa Program

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil masa dua (2) semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST ) manakala empat (4) semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ).

3.2 Pengambilan Pelajar
 
Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali setahun, iaitu pertama pada bulan Mei. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya. Manakala pengambilan kedua ialah pada bulan Jun bagi Program Matrikulasi Dua Tahun.
4.0 SYARAT KELAYAKAN MENERUSKAN PENGAJIAN
 

SEMESTER I

Pencapaian

Taraf

PNGS1 > 2.0

Lulus semua mata pelajaran teras.

Meneruskan pengajian ke semester II

1.5 < PNGS1 < 2.0

Lulus sebilangan mata pelajaran teras.

Meneruskan pengajian ke semster II dan diberi AMARAN.

PNGS1 < 1.5

Gagal dan DIBERHENTIKAN.

 

SEMESTER II

Pencapaian

Taraf

PNGK > 2.0

Dipertimbangkan untuk kemasukan ke IPTA

1.5 < PNGK < 2.0

Dibenarkan untuk mengulang program.

PNGK < 1.5

Gagal dan DIBERHENTIKAN.

 

 

5.0 PELUANG MENERUSKAN PENGAJIAN SELEPAS LULUS PROGRAM MATRIKULASI
 
Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh IPTA akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam. Bagi pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi boleh memohon mengikuti program pengajian di universiti awam dalam bidang seperti berikut :
                      Sains / Teknikal                                 Perakaunan 
     Perubatan/Sains Kesihatan Bersekutu       Perakaunan
     Farmasi                                                   Pengurusan Perniagaan
     Pergigian                                                 Pentadbiran Perniagaan
     Bioperubatan                                            Pengurusan Sumber Manusia
     Sains                                                       Ekonomi
     Sains Komputer                                        Teknologi Maklumat
     Sains Pendidikan                                      Pentadbiran Maklumat
     Seni Bina                                                 Lain-lain
     Sains Gunaan                                          
     Sains Teknologi / Teknologi Maklumat
     Kejuruteraan                                      
     Lain-lain
 


Dibangunkan untuk Bahagian Matrikulasi (BMKPM) oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Kementerian Pelajaran Malaysia 2011