online
SELAMAT DATANG ,

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRAUNIVERSITI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan menawarkan kemasukan ke Program PraUniversiti Sekolah Sukan Malaysia sesi 2013/2014 bagi calon yang layak untuk mengikuti program berikut. Sehubungan dengan itu, semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat/cara-cara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.
Perhatian:-  Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.  
1.0 SYARAT-SYARAT AM
1.1
Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
1.2
Telah menduduki peperiksaan SPM dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
1.3
Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
1.4
Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
1.5
Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilih jika diperlukan.
2.0 PANDUAN PEMOHONAN
 
Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:
2.1
Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN
2.2
Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruang berikut dengan lengkap
 
a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
 
b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
 
c. Ruang G. Perakauan
 
d. Ruang H. Pengesahan
2.3
Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada
 
PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
 
sebelum tarikh tutup permohonan
 
Nota Penting :
 
  • Kegagalan pihak Jabatan menerima borang lengkap yang diposkan seperti perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal
     
  • Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri.
     
  • Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.
    3.0 SYARAT -SYARAT KHAS
    A. ALIRAN SAINS
    1.
    Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
    2.
    Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut :

  • Biologi

  • Fizik

  • Kimia

  • Matematik Tambahan

  • Teknologi Maklumat

  • Perdagangan

  • Ekonomi Asas

  • Prinsip Akaun

  • Bahasa Inggeris

  • Lukisan Kejuruteraan

  • Rekacipta

  • Teknologi Kejuruteraan
  • B.
    ALIRAN SASTERA IKHTISAS
    1.
    Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan

    2.

      

    Lulus 2 mata pelajaran berikut :

  • Perdagangan

  • Ekonomi Asas

  • Prinsip Akaun

  • Bahasa Inggeris

  • Lukisan Kejuruteraan

  • Rekacipta

  • Teknologi Kejuruteraan

  • Sains Tambahan

  • Teknologi Maklumat

  • Biologi

  • Fizik

  • Kimia
  •  

    Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:
     
    Pengarah
    Bahagian Sukan
    Kementerian Pelajaran Malaysia
    Aras 1 & 7, Blok E13, Parcel E
    Kompleks Kerajaan Parcel E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 W.P Putrajaya
     
    Puan Norhamimi Bt. Othman -88841035
    ( emel : hasni.norhamimi@moe.gov.my )

    Cik Nurhasni Mohd Noor- 8884 1172
    ( emel : hasni.noor@moe.gov.my )

     


    © Untuk Paparan Menarik, sila gunakan Internet Explorer 7.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 800x600 piksel.
    Hakcipta Terpelihara 2007, Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia