Tabung Latihan Puspanita Kebangsaan |
||||||||||||||||||||||||||||||||||
TABUNG LATIHAN PUSPANITA TUJUAN Tabung ini ditubuhkan untuk memberikan bantuan pendidikan kepada pelajar Malaysia amnya dan anak ahli PUSPANITA khususnya. OBJEKTIF TABUNG LATIHAN PUSPANITA 1. Memberikan keutamaan kepada ahli yang aktif tetapi kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Institusi terpilih. 2. Memberikan maklumat dan panduan berkenaan bidang-bidang kursus yang ditawarkan oleh Institusi terpilih. 3. Mengenal pasti Institusi//Syarikat Penganjur yang bersedia memberikan kursus/membiayai pelajar-pelajar. 4. Memberikan subsidi kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus-kursus tertentu di Institusi terpilih. SYARAT PERMOHONAN TABUNG LATIHAN PUSPANITA
a. Permohonan kemasukan pelajar ke institusi yang terpilih oleh Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) adalah secara dalam talian dan pengambilan pelajar mengikut entri. Oleh itu, Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA telah memutuskan supaya pelajar (ahli dan anak ahli) tidak perlu menghantar permohonan pelajar melalui PUSPANITA. b. Sekiranya pemohon berjaya memasuki institusi berkenaan, maka borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia Tabung Latihan PUSPANITA melalui cawangan masing-masing sebulan dari tarikh pendaftaran. Peraturan ini berkuat kuasa mulai kemasukan kedua tahun 2007. c. Jumlah bantuan kewangan akan diputuskan oleh Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan dan keputusan Lembaga adalah muktamad. d. (i) Institusi yang dipilih adalah seperti yang berikut:
(ii) Senarai IPTA
Universiti Malaya (UM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (UTeM) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Universiti Darul Imam Malaysia (UDM) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) e. Syarat Permohonan TLP Permohonan hendaklah menggunakan borang Tabung Latihan PUSPANITA dengan melampirkan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut: (i) Pemohon hendaklah menjadi ahli tidak kurang daripada dua (2) tahun; (ii) Keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif dan kurang mampu; (iii) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM7,000.00 sebulan; (v) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan, tidak akan diproses.
f. Permohonan hendaklah dilampirkan bersama dokumen seperti yang berikut:
(i) Salinan resit yuran keahlian semasa; (ii) Salinan kad ahli; (iii) Salinan sijil kelahiran anak; (iv) Salinan kad pengenalan anak; (v) Surat akuan pengesahan dari institusi berkenaan (kepala surat asal); (vi) Salinan resit pembayaran semasa pendaftaran; (vii) Salinan muka hadapan buku akaun ahli/slip pengesahan bank; (viii) Salinan slip gaji suami dan isteri terkini. Jika pencen, salinan surat terimaan pencen disertakan; (viiii) Dokumen lain yang berkaitan (surat cerai/sijil kematian/dll). BANTUAN INSENTIF PELAJAR CEMERLANG Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA telah bersetuju memberikan bantuan insentif pelajar cemerlang berasaskan keputusan peperiksaan semester akhir yang mencapai himpunan purata nilai markah (CGPA) 3.50 ke atas. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-selewatnya sebulan dari tarikh keputusan peperiksaan semester akhir diumumkan. a) Permohonan hendaklah menggunakan borang Tabung Latihan PUSPANITA dengan melampirkan dokumen yang telah disahkan seperti yang berikut:
(II) Pemohon hendaklah menjadi ahli tidak kurang daripada dua (2) tahun; (iii) Keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif dan kurang mampu; iv) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM7,000.00 sebulan; (v) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan, tidak akan diproses. b) Permohonan hendaklah dilampirkan bersama dokumen seperti yang berikut:
(i) Salinan resit yuran keahlian semasa; (ii) Salinan kad ahli; (iii) Salinan sijil kelahiran anak; (iv) Salinan kad pengenalan anak; (v) Surat akuan pengesahan dari Institusi berkenaan (kepala surat asal); (vi) Salinan resit pembayaran semasa pendaftaran; (vii) Salinan muka hadapan buku akaun ibu/slip pengesahan bank; (viii) Salinan slip gaji suami dan isteri terkini. Jika pencen, salinan surat terimaan pencen disertakan; (viiii) Salinan sijil/diploma/ijazah dengan keputusan CGPA 3.5 ke atas; (x) Dokumen lain yang berkaitan (surat cerai/sijil kematian/dll).
c) Jumlah bantuan insentif pelajar cemerlang akan diputuskan oleh Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA Kebangsaan dan keputusan Lembaga adalah muktamad.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Muat turun Borang TLP (dalam bentuk pdf) di sini. |