Aplikasi KPLSPM 2013
 
   
HALAMAN UTAMA
MAKLUMAT PROGRAM
- IKLAN PERMOHONAN
- MAKLUMAN PENTING
- BIDANG DITAWARKAN
- SYARAT KELAYAKAN ASAS
- SYARAT KHUSUS BIDANG
- STRUKTUR PROGRAM
- BILANGAN KEPERLUAN
- KALENDAR AKTIVITI
PERMOHONAN
- PERMOHONAN
- SEMAKAN TEMUDUGA
- CONTOH PERMOHONAN
SOALAN LAZIM (FAQ)
HUBUNGI KAMI

 

     
 

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
BAGI LULUSAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
DAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU)

 AMBILAN KHAS JUN 2013

 
 
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut
 
  1 KETERANGAN PROGRAM  
   
Nama Program
:
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah
:
a)
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
b)
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian  (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus
:
Sepenuh Masa
 
   
   
 
2
STRUKTUR PROGRAM
 
   
2.1
Program Persediaan (Dua Belas (12) Bulan/ Dua (2) Semester)
 
   
2.2
Program Ijazah (Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester)
 
   
 
 
3
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
 
   
3.1
Warganegara Malaysia.
 
   
3.2

Umur   tidak   melebihi   20   tahun  pada   30 Jun 2013  iaitu  lahir  pada
atau selepas  30 Jun 1993.

 
   
3.3
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
 
   
3.4
Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
 
   
3.5
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurangt-kurangnya kepujian Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.
 
     

 

 
 
4
SYARAT TAMBAHAN
 
 
4.1
Lulusan Unified Examination Certificate (UEC)
 
 
4.1.1
Calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) perlu memiliki
 
 
sekurang-kurangnya  tiga (3) kepujian  di  peringkat  Sijil  Senior  Middle
 
 
Level (UEC-SML).
 
 
 
 
4.2
Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU)
 
 
4.2.1
Calon lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah
 
 
Ugama (SMU) perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian di
 
 
peringkat SMA atau SMU.
 
       
       
 
5.
PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
 
 
5.1

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Cina Pendidikan Rendah)

 
 
5.1.1   
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.
 
 
5.1.2   
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
 
5.1.3   
Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
 
5.1.4
Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i - Bahasa Melayu Komunikasi;
ii - Sejarah; dan
iii - Pendidikan Moral.
 
         
    5.2

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)

 
      5.2.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi keperluan di sekolah rendah.  
     
      5.2.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  
     
      5.2.3 Calon mesti LULUS Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  
     
      5.2.4

Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon perlu mengikuti Kursus Khas dan mesti LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut:

i - Pendidikan Al-Quran dan al-Sunnah;
ii - Sejarah; dan
iii - Pendidikan Syariah Islamiah.

 
     
         
 
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
 
 
1
Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.
 
 
2
Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
 
 
3
Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
 
 
4
Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau  tindakan mahkamah
 
 
 
     
 
CARA MEMOHON
 
 
 
 
1
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013.
 
 
2
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi      mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
 
 
3
Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.
 
 
4
Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
 
 
5
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
 
         
   
PERINGATAN
Calon yang berjaya ditawarkan program ini dan didapati memalsukan maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menarik balik tawaran tersebut.
 
   
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11:59 MALAM)
 
         
         


Hakcipta Terpelihara ©2013
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan perkhidmatan ini di dalam sistem ini. Semua maklumat akan dirahsiakan dan hanya digunakan oleh Kerajaan Malaysia