PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG KE UNIVERSITI TERKEMUKA LUAR NEGARA AMBILAN TAHUN 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara.

  1. KETERANGAN PROGRAM  
   
1.1 Nama Program :
  Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
(Program ini dilaksanakan secara berkembar atau sepenuhnya di Universiti Terkemuka Luar Negara)

 
  2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS  
    2.1 Warganegara Malaysia.  
    2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.  
    2.3 Calon mesti sihat tubuh badan.  
    2.4 Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.  
         
  3. BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN:  
    3.1 Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara dalam Bidang Bahasa Arab di Timur Tengah  
      3.1.1 Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Aliran Agama yang memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang.  
      3.1.2 Keutamaan diberikan kepada calon-calon berikut:  
        i. Memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Inggeris.  
        ii. Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Harian yang mengikuti Kelas Aliran Agama (KAA).  
             
    3.2 Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara dalam Bidang Pengajian Islam di Timur Tengah  
      3.2.1 Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Aliran Agama yang cemerlang dalam akademik iaitu memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang.  
      3.2.2 Keutamaan diberikan kepada calon-calon berikut:  
        i. Memperoleh gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Inggeris.  
        ii. Lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Harian yang mengikuti Kelas Aliran Agama (KAA).  
       
    3.3 Program Kembar Praperkhidmatan Bachelor of Arts in Sciences of Language and Information Specialising in Teaching French as a Foreign Language Antara KPM dengan University of Franche-Comte.  
     
3.3.1
Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang dalam akademik iaitu memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.  
     
3.3.2
Calon mesti mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta mempunyai sekurang-kurangnya Sijil DELF 1. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama dua (2) tahun/empat (4) semester di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa KPM.  
     
3.3.3
Calon yang LULUS Kursus Persediaan dengan jayanya akan DITAWARKAN untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Perancis selama tiga (3) tahun/enam (6) semester di Universiti di Perancis  
     
3.3.4
Calon yang LULUS pengajian di Perancis akan menyambung pengajian tahun empat (4) (tahun akhir) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa KPM.  
     
     
 
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
 
       
  1. Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.  
 
  2. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.  
 
  3. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.  
 
  4. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.  
 
       
       
 
CARA MEMOHON
 
     
  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014.  
  2. Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga  
  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.  
  4. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.  
  5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.  
 
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.  
       
 
PERINGATAN
Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh pengajian.
 
       
  TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 MAC 2014 (11:59 MALAM)  
       
    Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :  
       
    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA

(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6720/6733/6769/6723