TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN ONLINE

ARAHAN :
Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat/tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.
Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.   

1.0 Tatacara Permohonan Murid Tahun 1 dan Pra Sekolah secara Online

1

Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (SPPM) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa atau  penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.   Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada Mac 2014 hingga 30 April 2014  melalui pautan di URL seperti berikut: http://apps.moe.gov.my/sppm

2

Ibu bapa atau Penjaga yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online. Ibu bapa atau Penjaga adalah diingatkan agar membaca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan gagal.

3

Setelah mengisi permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak  bagi tujuan Perakuan Permohonan yang perlu dibuat di sekolah yang dipohon.

4

Pemohon perlu mendaftarkan nombor MyKid. Sila masukkan  Tarikh Lahir dan Alamat sebelum meneruskan permohonan. Sistem secara automatik akan mencadangkan sekolah mengikut sistem Zon yang telah ditetapkan oleh PPWP Putrajaya.

5 Setelah pendaftaran dilaksanakan sistem akan memaparkan maklumat permohonan termasuk Id pengguna dan No Pin. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan. Sila  simpan noPin tersebut bagi tujuan pengemaskinian dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang.

6

Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan dan membuat pindaan sebanyak 3 kali sahaja.

7

Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Atas Talian eS3P ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.

8

Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

9

Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon oleh murid atau menghubungi meja bantuan melalui telefon atau mengemukakan pertanyaan melalui alamat email yang disediakan.

 



2.0    Maklumat Anak
2.1    Nama Penuh 
Sila isi nama penuh anda (HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan. Jika nama anda melebihi 40 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai.

         *Contoh : MOHAMED ZULKARNAIN B MOHAMED MUSTAPHA ABDULLAH

        *Nota: Maklumat ini boleh dipinda.

 
2.2    Nombor MY Kid atau No Surat Beranak

        No. Kad My Kid atau No Surat Beranak akan digunakan sebagai ID Murid apabila membuat semakan atau pengemaskinian



3.0    Alamat
3.1   Alamat Tempat

Sila masukkan alamat surat mesyurat bagi memudahkan proses hubungan. Jika ruang tidak mencukupi, gunakan huruf-huruf ringkas.

    Contoh :
55, P9 B1/14, PRESINT 9
   
62250 PUTRAJAYA    
PUTRAJAYA    
 
3.2   Nombor Telefon
Sila masukkan nombor telefon ( rumah/pejabat/handset ) dalam ruang  berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

              Contoh : 013 - 3526656           Contoh : 03 - 22656636

              Jadikan : 0133526656           Jadikan : 0322656636